Cadangan cuti 3 hari

Cadangan cuti 3 hari

Published on

Dua hari tak cukup ke?

Tak

Ok, biasa hujung minggu kita nak buat apa?

Mungkin berehat & bersantai, main game, jumpa kawan atau parents, keluar makan luar, tengok wayang, etc. Atau perkara rutin kita macam pergi beli groceries, kemas rumah, basuh kereta dan lain-lain. πŸ˜ͺ

Weekend juga saya spent untuk coding side projects, sebab boleh lock in satu hari. Sebab kalau buat weekdays lepas balik kerja, dapat buat sikit je yang ringan-ringan. Kalau nak lebih fokus, saya akan keluar ke Zus Coffee atau mamak.

See? Banyak kan kita nak sumbat dalam dua hari sahaja cuti. Itu belum lagi termasuk perkara yang makan the whole weekend macam balik kampung atau travel jauh. Kita juga perlukan tidur, bukan? Yelah, 5 hari straight berkerja, takkan takda masa rehat. Penat gak ah. Oh, ya, saya ni baru kahwin, dan saya dapat rasakan kebusy-an bertambah dibandingkan dengan zaman bujang haritu. πŸ˜Άβ€πŸŒ«οΈ

Currently, here is usually how my weekend looks like pada siang hari (sebab siang adalah waktu paling produktif saya):

SabtuAhad
Mengemas rumahBuat benda lain seperti yang dimention di atas

Ya, household chores je dah burn satu hari. Malam tu je lah boleh rilek sikit tengok movie atau layan YouTube. πŸ˜‚

Ok, sekarang tinggal satu hari sahaja untuk buat benda lain ≑(▔﹏▔)≑. Adult life guys~~

So maximum dalam dua hari cuti tu, saya dapat buat, at most, 4 perkara sahaja.

Berbalik kepada topik, ini plan saya kalau cuti 3 hari menjadi realiti:

  • Hari pertama: Mengemas rumah
  • Hari kedua: Keluar rumah (kalau perlu). Contoh beli groceries, eat out, etc.
  • Hari kedua: Duduk rumah (Coding, edit video, buat popia, etc.)

Saya prefer duduk rumah, hehe.

Kalau Jumaat, biasa coworker tanya,

What's your plan for the weekend?

Urm, nothing much, just stay at home.

That's perfect!

Haha. Of course, lagi banyak hari lagi bagus, tapi kita cuba lah dulu dengan tiga hari.

Harap korang baca dengan nada santai, bukan marah, sebab kita tak marah, cuma meluahkan apa yang dihati yang dah lama pendam. Hahahhaa. Komen pendapat anda dibawah.

Terima kasih & byee.

Spent masa malam jalan-jalan kat taman tasik
Spent masa malam jalan-jalan kat taman tasik