- Published on
Kitorang beli kereta baru! Proton X50 2026 Premium
Dah sampai masa nak kene beli kereta ni
- aku cakap kat wife.
Backstory
Aku mula-mula dapat kereta dari Abah masa hujung zaman universiti (2023). Bukan dapat terus la tapi, dipinjamkan je, Perodua Bezza 1.3X. Abah pula pakai Myvi lama dia.
Sampai la aku start bekerja, aku guna Bezza tu untuk commute ke office, ke tempat client, atau outstation luar negeri. Fast forward 2025, aku kahwin, aku still pakai Bezza kejap, sebab lepas tu swap dengan Myvi Abah. Sebab Abah kene banyak jalan jauh, jadi dia lebih prefer pakai Bezza. Sebab kurang risiko jadi apa-apa macam rosak ke tiba-tiba (tak pernah jadi, tapi just in case).
So kami pakai la Myvi tu. Takda masalah pun, cuma bila nak jalan jauh, Abah suruh ambik Bezza pula. So tukar la. Lepas habis pakai, pulang balik. So, banyak kali la bertukar-tukar kereta dengan Abah.
Abah pun slow-slow bagi hint suruh beli kereta. Mungkin sebab adik aku pun dah nak habis belajar, jadi dia pula akan ada keperluan untuk guna kereta. Jadi kitorang pun target tahun depan (2026) akan beli kereta baru.
Survey kereta
2026 came dan kitorang pun start survey kereta baru. Pada waktu ini, kereta tempatan yang baru launch adalah Proton Saga MC3 & Proton X50 All-New. Untuk Perodua pula, Perodua Traz dan QV-E.
Mula-mula macam berkenan dengan Saga MC3 tu. Features dia lagi hebat berbanding current Bezza. Harga pun sesuai untuk kami yang baru mulakan hidup berkeluarga ni. Design dia pun boleh tahan ye.
Kami juga ada consider used car, sebab yelah, boleh dapat dengan harga yang lebih murah. Antara kereta yang saya dah test drive dekat Carsome PJ adalah Proton X50 2023 & Toyota Vios G 2023. Saya berpuas hati dan dah letak booking dah pun.

The Vios interior is kinda nice. And the plate number is cool too!

Lepas tu aku singgah pergi showroom Proton. SA pelawa test drive Proton X50 baru tu so aku pun onz je lah.

Overall, aku berpuas hati dengan driving experience dia. Tapi first impression aku bila tengok meter cluster tu, X50 previous generation nampak lebih macho sikit. Bila dia tepek screen kecik tu, nampak sangat macam nak cut costs. Hahhaa.
Balik tu, kitorang dua bincang-bincang la nak pilih yang mana. Kalau kereta used, dapat harga lebih murah. Kalau kereta baru, macam lebih syok dan peace of mind. Lama kami fikir, timbang tara itu ini. Tapi based on tajuk, korang mesti dah tahu kami end up pilih yang mana. 😆
Proses Beli Kereta
Part ni mungkin sesuai untuk bakal pembeli kereta pertama. Sebab aku akan story dari A sampai Z macam mana proses beli kereta ni. Kalau nak skip, boleh terus ke part ambil kereta nanti.
Nak beli kereta ni kene cari Sales Advisor (SA). Tugas dia ni adalah untuk uruskan pembelian kereta korang. Aku cari kat Facebook & TikTok. Kami hunt yang mana yang ada offer rebate tinggi & free gift menarik (Ni silap kami yang pertama)1. Ada jumpa top 3 yang offer rebate tertinggi. Aku contact ketiga-tiga orang ni tanya detail lagi. Macam ok semua. Dorang pun pelawa untuk submit dokumen loan supaya dorang boleh applykan. Aku pun hantar dokumen kepada semua SA tu (Silap kami yang kedua)2. Kali ni nak hunt bank mana yang boleh offer the lowest interest rate.
Lepas sehari-dua, ada beberapa bank yang WhatsApp atau call, offer rate masing-masing. Kat sini boleh main counter rate tau. Contoh bank A offer 2.3% interest rate, kita boleh cakap kat bank B, "Eh bank A offer 2.3%, boleh bagi rendah rendah sikit ke?" Try je, kitorang akhirnya dapat rate 2.26% dari Public Bank.
Lepas dah confirm dengan orang bank tu, dia akan suruh kita sign agreement kat bank. Lepas dah sign, dia akan inform SA yang loan kita dah approved, so SA boleh teruskan proses seterusnya.
SA janji dalam masa seminggu dah boleh pick up kereta. Alhamdulillah, memang betul la dalam masa seminggu SA kata kereta dah ready. Dia dah siap tint kereta. Time ni SA send gambar dan itulah kali pertama aku dapat tengok bakal kereta kami haha. Senyum sorang diri kat office ni. 😅
Ambil kereta
Pada hari kejadian, kami pergi showroom kat Bangsar ni untuk ambil kereta. Kitorang dah sampai awal tapi kereta pula tak nampak bayangnya lagi. Sebab kitorang minta SA deliver dari Proton Shah Alam ke Bangsar, so tak jauh sangat la nak naik Grab pergi ambik kereta pun.
Drum roll 🥁🥁🥁... So, ni lah dia, our first car!

Short review
As of now (ketika post ini ditulis), kami dah pakai kereta ni dekat dua bulan. Dah pernah pergi servis pertamanya (1000km) tempoh hari. Sangat berpuas hati dengan pembelian kami. Kat atas jalan raya macam tak banyak lagi yang pakai macam kami. So happy lah sikit sebab belum jadi kereta awam 😂.
Aku plan nak buat satu video pasal ni, tapi tak sempat lagi. Aku tulis dulu ye kat sini, nanti lama-lama lupa pula. But here's a glimpse of what you can expect when you get your X50 too.
Apa yang aku suka
- Perform Tekan-tekan pergi, tekan-tekan pergi. Nak memotong atau memecut senang.
- Stable Now lebih confident bawak speed 100 km/h ke atas. Body stable dan tak terhuyung-hayang macam Bezza/Myvi.
- Ada apps Senang nak start engine remotely dan beberapa features lain.
- Ada camera 360. Sangat membantu terutamanya nak navigate jalan yang sempit macam parking pangsapuri rumah aku, atau nak masuk parking.

- Dalaman yang agak luas kalau lipat seat belakang. Haritu pernah beli katil dari IKEA, kitorang macam teragak-agak juga samada nak suruh dia delivery atau ambil bawak balik sendiri je.

Apa yang aku kurang suka
- Lock Sound - "Honk!" - bunyi lock dia adalah bunyi hon. Sebelum ni aku pakai Bezza, lagi subtle bunyinya "beep". Sound tu boleh disable entirely, but aku prefer untuk enable supaya lebih yakin yang kereta dah lock.
- Sometimes jerking Faham yang jerking issue (rasa macam terhenjut-henjut) ni adalah biasa bagi kereta yang pakai gearbox DCT. Tapi tulah kurang smooth bila bawah low speed.
- No physical buttons untuk control AC. The AC control ada dalam touch screen console tu. Benda ni ok je but bila buka Android Auto, the aircond control tu akan hidden, so perlukan extra steps untuk show the aircond control. Well, setelah terbiasa dengan voice command feature dia, aku pakai voice je tapi sometimes bila dia tak detect, kene juga godek-godek screen tu juga untuk adjust aircond.
Kalau ada benda lagi yang aku teringat, aku akan update this blog post.
Aku juga ada post beberapa video kat YouTube pasal kereta ni. Link sini.
Thanks for reading!
Footnotes
Part ni sebenarnya kene hati-hati. Lebih baik cari SA yang boleh dipercayai dari cari rebate tinggi. ↩
Sebenarnya tak digalakkan untuk hantar dokumen kepada banyak SA sebab nanti dia akan buat banyak loan application kat bank. Turns out, bank boleh detect banyak loan application ni, nanti akan effect credit score kita. So, better hantar kepada satu SA je, yang mana kita rasa paling boleh dipercayai. Suruh dia je yang submit-kan ke banyak-banyak bank. ↩